Saturday, January 23, 2010

kEtIkA cInTa BeRtAsBiH

sedang kita leka membuat pilihan..
semua yang kita harapkan tidak semestinya menjadi realiti..
disamping seseorang yang dianggap istimewa..
disaat itu juga, baru kita tersedar daripada mimpi ngeri..
lalu ia menghantui hidup kita..


semakin kita cuba menjauhi nya..
semakin sakit hati ini untuk menerima nya..
adakah ini lumrah kehidupan sebagai manusia?..
kita sering bersama ketika dilanda masalah..
adakah kita masih bersama dikala aku difitnah?..


sering juga aku memujuk hati ini agar mempercayai kejujuran mu..
tapi semua itu hanya lah sebuah harap yang tinggal harapan..
aku kini bersendirian dikala melihat kebahagiaan yang dikecapi setiap insan..
tapi semua yang terjadi disebabkan aku atau kamu?..
atau hadirnya seseorang yang jauh lebih baik daripada ku?..
soalan yang sering ku tanyakan pada diri ini..


aku jadi seperti insan yang mengharap dan berharap..
tapi sampai bila harus aku menunggu sebuah kemanisan yang hilang..
itu sudah pasti tiada jawapan yang mampu aku berikan..
semua telah tertulis untuk ku oleh-NYA..
aku hanya hamba yang lemah..
tetapi aku cuba untuk membaiki kelemahan diri ini..


aku seperti manusia yang berjiwa kosong..
hanya tunggu masa untuk di isi dan di lentur..
adakah cukup masa untuk aku menunggu?..
setiap detik masa berlalu, setiap detik itu juga umur ku bertambah..
setiap hembusan nafas ini, aku memanjangkan doa ku dalam hati ku..

patutkah aku berhenti untuk berkongsi kasih sesama insan?..
tapi semua yang aku lakukan akan menjadi perhatian semua..
aku harus menjaga perlakuan, agar tidak di salah anggap..
semua yang aku luah, mesti ada yang boleh menerima dengan positif..
tetapi ada juga yang tidak boleh menerima dan mengkritik dengan hebat..


semua itu menjadi titik tolak untuk aku berubah...
tapi apa kan daya,ku cuma insan yang kerdil dan lemah..
sering kali melakukan kesilapan dan menjadi umpatan..
bukan senang untuk mejelaskan semua fitnah yang ditaburkan..
itu bergantung pada seseorang yang berfikiran seperti manusia lain..


seringkali aku cuba sembunyikan sedih hati ini..
tetapi orang hanya melihat gelak ketawa ku..
dalam hati, segala kesedihan yang amat perit ku cuba hilangkan..
semata-mata untuk membahagiakan orang..
patut kah aku menjadi seseorang yang "plastik" untuk membahagiakan semua orang?..


sehingga aku tidak dapat berfikir yang mana satu diriku dan yang mana ilusi yang menghantui ku...
sering juga aku menjadi alfa dan lupa seketika di kala kita bersama..
kisah silam yang sering bermain difikiran yang melampaui batas kelogikan akal..
semua takdir menjadi seperti mimpi ngeri yang tiada penghujung..
aku sekarang hanya mampu memandang dan menilai semua yang terjadi dalam hidup ini..
aku takut akan diri ku sendiri, akan tetapi semua aku harungi dengan tabah..
semua dugaan juga aku tempuhi dengan segala kudrat yang aku miliki di sebalik tubuh kerdil ini..


dengan harapan semua dugaan dan segala halangan itu sementara sahaja..
aku sudah tidak berdaya untuk bertahan dengan ujian yang mendatang..
seperti pungguk rindukan bulan..

No comments: